Exercises



Soalan PSV tahun 3

Pilih satu soalan sahaja

1. Gambarkan beberapa ekor itik berada di tepi kolam. Anda boleh gunakan pelbagai teknik seperti catan, lukisan, kolaj atau sebagainya.

2. Hasilkan sebuah corak berulang dengan ,menggunakan teknik capan. Anda boleh menggunakan daun, keratan bendi, bawang, pelepah betik atau pisang dan sebagainya sebagai alat capan.

3. Rakan anda akan meraikan ulang tahun kelahirannya tidak lama lagi.Hasilkan kad ucapan yang kreatif untuk diberi kepada rakan anda.

4. Hasilkan gambar sebuah layang-layang atau wau dan hiasi dengan hiasan yang menarik.


Soalan PSV tahun 4

Pilih satu soalan sahaja

1. Lukis sebuah poster bertajuk, 1 MALAYSIA’. Anda boleh menggunakan huruf muka taip dari akhbar atau majalah untuk tajuk poster.

2. Hasilkan satu corak geometri dengan menggunakan teknik stensilan. Susun motif itu menggunakan susunan grid batu bata untuk menghiasi dinding kelas anda.

3. Anda diberi kebebasan untuk menghasilkan topeng mata atau muka atau serkup.  Hasilkan topeng tersebut dengan menggunakan kreativiti anda supaya topeng tersebut kelihatan menarik.

4. Hasilkan sebuah mahkota atau tengkolok. Gunakan kreativiti anda untuk menghias hasil karya tersebut.

5. Lukiskan sekumpulan kanak-kanak sedang mandi-manda di tepi kolam renang atau di tepi pantai.



Soalan PSV tahun 5

Pilih satu soalan sahaja

1. Sempena minggu ‘Alam Sekitar’ yang diadakan di sekolah anda, hasilkan sebuah poster yang menggambarkan kecintaan terhadap alam sekitaryang bersih dan nyaman. Tajuk poster anda ialah, ‘CINTAI ALAM KITA’.     

2. Hasilkan sekeping sampul buku bermotif corak geometri menggunakan teknik stensilan.

3. Hasilkan sebuah beg kertas. Hiasi beg tersebut supaya kelihatan menarik. Anda boleh gunakan pelbagai media untuk menghias beg tersebut.

4. Anda dikehendaki menghasilkan alat perhiasan diri seperti rantai atau sebagainya Hasilkan alat perhiasan tersebut dengan menggunakan kreativiti anda.

5. Gambarkan suasana pemandangan sebuah kampung di tepi gunung. Anda digalakkan melukis panorama tersebut



  Soalan PSV tahun 6

Pilih satu soalan sahaja

1. Malaysia sedang menuju sebagai sebuah negara maju . Hasilkan sebuah poster yang bertajuk ‘Malaysia Maju’

2. Hasilkan corak batik yang bermotifkan flora menggunakan teknik cetakan. Anda boleh juga menggunakan kentang, lobak atau sebagainya yangtelah diukir sebagai bahan untuk mencetak.

3. Dengan menggunakan bahan terbuang yang sesuai hasilkan sebuah kenderaan impian anda sama ada kenderaan darat, air atau udara.

4. Kuda kepang adalah warisan budaya masyarakat negeri Johor. Bagi mengekalkan warisan ini kepada generasi masa kini hasilkan sebuah replika kuda kepang dengan hiasan anyaman untuk dijadikan hiasan dalam kereta.

5. Hasilkan sebuah karya yang menggambarkan suasana banjir yang melanda di kawasan tempat tinggal kamu.

No comments:

Post a Comment